
Extracorpereal Shockwave therapy (ESWT) untuk rawatan mati pucuk
Extracorporeal Shockwave Therapy (ESWT) adalah mesin dengan transduser yang memancarkan denyutan kejutan rendah ke arteri di zakar, bukan hanya merangsang dan meningkatkan aliran darah ke zakar, tetapi juga merangsang Angiogenesis (pembentukan saluran darah baru),dengan itu ESWT membantu dalam merawat masalah mati pucuk. Ia membantu dalam:
- Peredaran darah zakar yang lebih baik.
- Tingkatkan ereksi dan prestasi yang lebih baik secara semulajadi.
- Dapat merawat masalah peyronie dengan mengurangkan tisu parut di zakar
- Tidak memberi rasa sakit dan tidak memerlukan pembedahan.
- Tiada kesan sampingan dan tidak memerlukan tempoh pemulihan.
Untuk maklumat lanjut hubungi kami dengan klik button di bawah.
HIM WELLNESS

Macam mana ia dilakukan
Sesi dimulakan dengan pesakit berbaring terlentang
(menghadap ke atas) di atas katil dengan doktor yang
merawat memegang transduser. Bilangan denyutan
tertentu akan diedarkan di lokasi yang berbeza dan setiap
sesi biasanya berlangsung sekitar 15 – 20 minit

Tiada kesakitan semasa sesi itu, hanya apa yang akan digambarkan sebagai
sensasi “semut-semut” kerana gelombang hanya dipancarkan secara rendah
ke dalam saluran darah. Oleh itu, tiada anestesia diperlukan dan pesakit boleh
meneruskan aktiviti normal selepas setiap sesi. Bilangan sesi akan ditentukan
selepas rundingan dan perbincangan antara anda dan doktor anda.
Apa Yang Berlaku
Sebelum &
Selepas ESWT


Kenapa Perlu Pilih Extracorpereal Shockwave Therapy (ESWT) ?
Rawatan Lain Di HIM Wellness
Kegel Chair berfungsi untuk membantu menguatkan otot lantai pelviktanpa perlu melakukan senaman manual.
Hanya duduk sahaja sudah melakukan 11,000 Kegel dalam 28 minit.
- Memperbaiki Disfungsi Erektil
- Meningkatkan Kesihatan Seksual Lelaki

Testimoni Pesakit
Kenali Doktor Kami

Dr Samhan
- Medical Director
- Graduated from MBBCH Tanta University
- Certified in Men’s Health Certificate from National University of Singapore
- Master of Business Administration at University of Sunderland, UK